Nadi X Lifelong Learning: Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 6
5 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04/02/2025 bersamaan hari Selasa, Kursus Mahir Baiki Gajet Minggu 6 di bawah bimbingan Cikgu Fazli Saad telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas dalam membaiki gajet, khususnya telefon pintar Android serta meningkatkan kemahiran praktikal mereka dalam pembaikan peranti elektronik.
Aktiviti Utama:
- Tips Sebelum Buka dan Pasang Android
- Cara Buka dan Pasang Android
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami struktur dalaman telefon pintar Android, menguasai teknik membuka dan memasang semula komponen dengan lebih cekap serta meningkatkan keyakinan dalam membaiki gajet secara kendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: